Tuesday, 16 July 2013

Debaran Result STPM Penggal 2 2013..

Assalamualaikum..

Result STPM penggal 2 sudah pun dikeluarkan pada 15 Julai 2013 yang lalu.. Syukur Alhamdulillah result pelajar ekonomi cikgu agak memberangsangkan. peningkatan dalam lulus penuh dan pngk.. berkat kesungguhan pelajar yang tidak jemu membuat latihan sehingga pada saat peperiksaan dijalankan..

Penggal 3 telah bermula pada bulan Jun 2013 bagi pelajar 6 atas dan penggal 1 sekali lagi bagi pelajar 6 bawah.. cikgu akan sentiasa berusaha untuk membimbing pelajar ekonomi sehingga mereka mendapat keputusan yang cemerlang.. In Sha Allah..

Doa cikgu sentiasa bersama kalian..

Tuesday, 14 May 2013

STPM Baharu Sistem Modular

Assalamualaikum wbt..

Terlalu lama cikgu tidak update blog ini.. sejak STPM baharu sistem modular bermula, cikgu sedang mengesuaikan diri dengan sistem baharu ni..

Sistem ini ada pro dan kontranya.. memang nampak mudah apabila pelajar ekonomi hanya mempelajari 1 kertas ekonomi sahaja untuk 1 penggal..

Akan tetapi, pengalaman pelajar dalam penggal 1 2012 yang lalu membuatkan cikgu terpaksa mencari cara atau teknik supaya pelajar ekonomi dapat result ekonomi yang cemerlang..

Masa yang agak singkat untuk mengulangkaji 5 bab dalam subjek ekonomi (mikroekonomi) penggal 1.. cikgu terkejar- kejar mengajar dan pelajar terkejar-kejar belajar.

Apapun, ia satu pengalaman yang cukup berharga bagi cikgu dan pelajar ekonomi.. cikgu akan sedaya upaya mengupdate isu ekonomi untuk pelajar ekonomi STPM baharu.. In Sha Allah.

sekian. salam sayang dari cikgu ekonomi

Wednesday, 23 November 2011

Good Luck Calon Ekonomi STPM 2011

Assalamualaikum wbt..


        Peperiksaan bertulis STPM telah bermula dan cikgu ucapkan selamat berjuang calon-calon STPM 2011.. Esok 24 November 2011 (Khamis) merupakan exam bagi subjek EKONOMI KERTAS 1 dan pada 29 November 2011 (Selasa) bagi subjek EKONOMI KERTAS 2. 


        Cikgu doakan agar adik-adik pelajar tenang menghadapinya dan menjawab soalan sebaik mungkin. Semoga adik-adik pelajar ekonomi tahun ini mendapat keputusan ekonomi yang terbaik n cemerlang.. Amin

Friday, 28 October 2011

Nasihat kepada Pelajar yang ingin Cemerlang!


  1. Ada matlamat dan cita-cita yang hendak dicapai.
  2. Seimbangkan masa bekerja, belajar dan berehat.
  3. Banyakkan membuat latihan atau menjawab soalan-soalan peperiksaan.
  4. Belajarlah di dalam bilik atau ruang yang sesuai.
  5. Jagalah kesihatan badan dan otak.
  6. Uruslah masa dengan sewajarnya.
  7. Bertenanglah semasa menghadapi masalah dalam mata pelajaran tertentu.
  8. Nota-nota mata pelajaran hendaklah ringkas tetapi jelas dan mudah diingati.
  9. Fahamilah apa sahaja bahan pelajaran yang anda baca.
InsyaAllah anda akan peroleh kejayaan dalam akademik..

Thursday, 27 October 2011

Topik-topik Ekonomi STPM

MIKROEKONOMI

Topik
Popular
Sukar
·      Pengenalan Ekonomi


·      Permintaan, Penawaran dan Keseimbangan Pasaran
/

·      Keanjalan Permintaan dan Keanjalan Penawaran
/
*
·      Teori Gelagat Pengguna
/

·      Teori Pengeluaran dan Kos Pengeluaran

*
·      Struktur Pasaran
/
*
·      Teori Agihan

*
·      Peranan Kerajaan






MAKROEKONOMI

Topik
Popular
Penting
·      Pengenalan Makro Ekonomi


·      Perakaunan Pendapatan Negara


·      Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara
/
*
·      Penawaran Wang Dalam Ekonomi
/

·      Masalah Makroekonomi dan Dasar Penstabilan
/
*
·      Perdagangan Antarabangsa
/
*
·      Pertumbuhan Ekonomi