Assalamualaikum wbt..
Terlalu lama cikgu tidak update blog ini.. sejak STPM baharu sistem modular bermula, cikgu sedang mengesuaikan diri dengan sistem baharu ni..
Sistem ini ada pro dan kontranya.. memang nampak mudah apabila pelajar ekonomi hanya mempelajari 1 kertas ekonomi sahaja untuk 1 penggal..
Akan tetapi, pengalaman pelajar dalam penggal 1 2012 yang lalu membuatkan cikgu terpaksa mencari cara atau teknik supaya pelajar ekonomi dapat result ekonomi yang cemerlang..
Masa yang agak singkat untuk mengulangkaji 5 bab dalam subjek ekonomi (mikroekonomi) penggal 1.. cikgu terkejar- kejar mengajar dan pelajar terkejar-kejar belajar.
Apapun, ia satu pengalaman yang cukup berharga bagi cikgu dan pelajar ekonomi.. cikgu akan sedaya upaya mengupdate isu ekonomi untuk pelajar ekonomi STPM baharu.. In Sha Allah.
sekian. salam sayang dari cikgu ekonomi
No comments:
Post a Comment