Monday, 6 March 2017

KONSEP-KONSEP MAKROEKONOMI BAB 4 WANG, BANK DAN DASAR KEWANGAN


1.  Wang = Benda yang diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran barang dan perkhidmatan.

2.     Nilai wang = Keupayaan wang untuk membeli barang dan perkhidmatan.

3.   Penawaran wang / bekalan wang = Semua jenis wang yang ditawarkan dalam sesebuah ekonomi.

4.    Bekalan wang M1 = Mata wang dalam edaran (wang syiling dan wang kertas) dan deposit semasa (deposit permintaan).

5.    Bekalan wang M2 = Meliputi M1 dan deposit tabungan di bank perdagangan, deposit tetap di bank perdagangan, sijil-sijil Bank Negara Malaysia, dan sijil-sijil deposit boleh niaga.

6.   Bekalan wang M3 = Meliputi M2 dan semua deposit tabungan dan deposit tetap dalam syarikat kewangan, bank saudagar dan syarikat diskaun.

7.   Bank pusat = Institusi perbankan utama dalam sesebuah ekonomi. Dimiliki oleh kerajaan dan diberi tugas untuk mengatur kegiatan institusi kewangan dalam ekonomi.

8.   Dasar kewangan = Dasar bank pusat mengawal penawaran wang atau kadar bunga untuk mengatasi masalah pengangguran atau kemelesetan ekonomi dan inflasi yang dihadapi.

9.     Dasar kewangan kuantitatif = Dasar bank pusat mengawal penawaran wang dalam ekonomi dengan mengubah bekalan wang atau mengubah kadar bunga untuk mengatasi masalah pengangguran dan inflasi.

10. Dasar kewangan kualitatif = Dasar bank pusat mengawal pinjaman dan pelaburan yang diberikan oleh institusi kewangan untuk mengatasi masalah pengangguran dan inflasi.

11. Nisbah rizab berkanun = Peratusan tertentu daripada jumlah deposit milik bank perdagangan yang mesti disimpan dalam bank pusat.

12. Nisbah rizab tunai = Peratusan tertentu daripada jumlah deposit yang perlu disimpan dalam bank perdagangan itu sendiri, dalam bank lain atau dalam bank pusat bagi memenuhi tuntutan pelanggan. Aset ini tidak boleh digunakan untuk memberi pinjaman.

13. Kadar diskaun atau kadar bank = Peratusan tertentu (kadar bunga) yang mesti dibayar oleh bank perdagangan apabila membuat pinjaman dari bank pusat.

14. Operasi pasaran terbuka = Aktiviti jual beli sekuriti kerajaan oleh bank pusat di pasaran terbuka.

15. Kadar bunga semalaman = Kadar dasar semalaman (OPR) yang dilaksanakan oleh bank pusat terhadap bank perdagangan bagi menentukan kadar bunga dalam suatu tempoh tertentu.

16. Kawalan kredit terpilih = Melibatkan penentuan jenis kredit yang perlu diberi keutamaan. Tujuannya untuk memastikan pinjaman yang diberi oleh bank perdagangan selari dengan keadaan ekonomi.

17. Syarat margin = Digunakan untuk mengawal spekulasi, terutamanya jual beli saham di pasaran saham. Syarat margin menentukan jumlah pinjaman yang boleh dibuat untuk membeli saham.

18. Kredit ansuran = Kemudahan kepada orang ramai untuk membeli barang tahan lama seperti televisyen, peti sejuk dan kereta secara ansuran. Bank pusat mengawal bayaran pendahuluan minimum dan tempoh bayaran balik.

19. Kawalan ke atas gadai janji = Memerlukan peminjam membuat gadai janji atas pinjaman yang dibuat. Misalnya, bagi pinjaman perumahan, gadai janjinya ialah rumah tersebut.

20. Pujukan moral = Melibatkan pertemuan secara langsung antara bank pusat dengan bank perdagangan. Pertemuan tersebut bertujuan untu memujuk bank perdagangan menjalankan langkah-langkah yang sesuai bagi menjayakan dasar kerajaan.

21. Teori kuantiti wang = Pandangan ahli ekonomi Klasik yang berkeyakinan bahawa perubahan penawaran wang akan menyebabkan tingkat harga umum berubah dengan kadar yang sama.

22. Halaju wang = Kekerapan wang bertukar tangan daripada satu pihak kepada pihak lain.

23. Tingkat urus niaga = Jumlah barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam ekonomi.

 24. Teori keutamaan kecairan Keynes = Menyatakan masyarakat meminta wang bukan hanya untuk urus niaga sahaja tetapi juga untuk awasan dan spekulasi.

(Sumber: Sabariah Ali, 2017, Ace Ahead Teks STPM Makroekonomi Penggal 2 Edisi Ketiga, Oxford Fajar Sdn. Bhd.: Selangor) 

No comments:

Post a Comment