1. Aliran pusingan pendapatan dua
sektor = Aliran pendapatan dan perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah dan
firma dalam ekonomi.
2. Aliran pusingan pendapatan tiga
sektor = Aliran pendapatan dan perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah,
firma dan kerajaan dalam ekonomi.
3. Aliran pusingan pendapatan ekonomi
terbuka = Aliran pendapatan dan perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah,
firma, kerajaan dan sektor luar negeri dalam ekonomi.
4. Perbelanjaan agregat (AE) = Perbelanjaan
yang dilakukan oleh isi rumah melalui perbelanjaan penggunaan (C), firma
melalui pelaburan (I), kerajaan melalui perbelanjaan kerajaan (G) dan sektor
luar negeri melalui eksport.
5. Penawaran agregat (AS) = Barang dan
perkhidmatan yang dihasilkan oleh semua firma dalam ekonomi yang dihasilkan
oleh semua firma dalam ekonomi yang merupakan pendapatan negara (Y) dan barang
dan perkhidmatan yang diimport (M).
6. Suntikan = Aliran masuk wang yang
menambahkan keseimbangan pendapatan negara.
7. Bocoran = Aliarn keluar wang yang
mengurangkan keseimbangan pendapatan negara.
8. Kecenderungan mengguna purata (APC)
= Nisbah antara C dengan Yd. Ia menunjukkan purata perbelanjaan isi
rumah pada setiap tingkat pendapatan negara.
9. Kecenderungan mengguna sut (MPC) =
Nisbah antara perubahan C dengan perubahan Yd. Ia menunjukkan
pertambahan perbelanjaan isi rumah akibat pertambahan tingkat pendapatan
negara.
10. Kecenderungan menabung purata (APS)
= Nisbah antara S dengan Yd. Ia menunjukkan purata tabungan isi
rumah pada setiap tingkat pendapatan negara.
11. Kecenderungan menabung sut (MPS) =
Nisbah antara perubahan S dengan perubahan Yd. Ia menunjukkan
pertambahan tabungan isi rumah akibat pertambahan tingkat pendapatan negara.
12. Fungsi penggunaan = Keluk atau
persamaan matematik yang menunjukkan hubungan antara perbelanjaan penggunaan
dengan pendapatan negara.
13. Fungsi tabungan = Keluk atau
persamaan matematik yang menunjukkan hubungan antara tabungan dengan pendapatan
negara.
14. Fungsi pelaburan = Keluk yang
menunjukkan hubungan antara pelaburan dengan pendapatan negara.
15. Fungsi perbelanjaan kerajaan = Keluk
yang menunjukkan hubungan antara perbelanjaan kerajaan dengan pendapatan
negara.
16. Fungsi eksport = Keluk yang
menunjukkan hubungan antara eksport dengan pendapatan negara.
17. Fungsi import = Keluk yang
menunjukkan hubungan antara import dengan pendapatan negara.
18. Pengganda = Pekali yang menunjukkan
perubahan pendapatan negara akibat perubahan perbelanjaan agregat (AE).
19. Lompang deflasi = Perbelanjaan
agregat yang kurang daripada pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh.
20. Lompang inflasi = Perbelanjaan
agregat yang melebihi pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh.
21.Belanjawan negara = Satu penyata yang
menunjukkan anggaran hasil kerajaan dan perbelanjaan kerajaan untuk satu tahun
kewangan akan datang.
(Sumber: Sabariah Ali, 2014, Makroekonomi Penggal 2, Oxford Fajar Sdn.Bhd:Selangor)
No comments:
Post a Comment