Assalamualaikum wbt..
Peperiksaan bertulis STPM telah bermula dan cikgu ucapkan selamat berjuang calon-calon STPM 2011.. Esok 24 November 2011 (Khamis) merupakan exam bagi subjek EKONOMI KERTAS 1 dan pada 29 November 2011 (Selasa) bagi subjek EKONOMI KERTAS 2.
Cikgu doakan agar adik-adik pelajar tenang menghadapinya dan menjawab soalan sebaik mungkin. Semoga adik-adik pelajar ekonomi tahun ini mendapat keputusan ekonomi yang terbaik n cemerlang.. Amin
Wednesday, 23 November 2011
Friday, 28 October 2011
Nasihat kepada Pelajar yang ingin Cemerlang!
- Ada matlamat dan cita-cita yang hendak dicapai.
- Seimbangkan masa bekerja, belajar dan berehat.
- Banyakkan membuat latihan atau menjawab soalan-soalan peperiksaan.
- Belajarlah di dalam bilik atau ruang yang sesuai.
- Jagalah kesihatan badan dan otak.
- Uruslah masa dengan sewajarnya.
- Bertenanglah semasa menghadapi masalah dalam mata pelajaran tertentu.
- Nota-nota mata pelajaran hendaklah ringkas tetapi jelas dan mudah diingati.
- Fahamilah apa sahaja bahan pelajaran yang anda baca.
InsyaAllah anda akan peroleh kejayaan dalam akademik..
Thursday, 27 October 2011
Topik-topik Ekonomi STPM
MIKROEKONOMI
Topik | Popular | Sukar |
· Pengenalan Ekonomi | ||
· Permintaan, Penawaran dan Keseimbangan Pasaran | / | |
· Keanjalan Permintaan dan Keanjalan Penawaran | / | * |
· Teori Gelagat Pengguna | / | |
· Teori Pengeluaran dan Kos Pengeluaran | * | |
· Struktur Pasaran | / | * |
· Teori Agihan | * | |
· Peranan Kerajaan |
MAKROEKONOMI
Topik | Popular | Penting |
· Pengenalan Makro Ekonomi | ||
· Perakaunan Pendapatan Negara | ||
· Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara | / | * |
· Penawaran Wang Dalam Ekonomi | / | |
· Masalah Makroekonomi dan Dasar Penstabilan | / | * |
· Perdagangan Antarabangsa | / | * |
· Pertumbuhan Ekonomi |
BENTUK / FORMAT PEPERIKSAAN EKONOMI STPM
BENTUK PEPERIKSAAN
Kertas | Nama Kertas | Jenis Soalan | Bilangan Soalan | Markah | Masa Ujian | Wajaran |
1 | Mikroekonomi | A: Aneka Pilihan | 30 | 30 | 3 jam | 50% |
B: Esei Ringkas | 5 daripada 8 | 30 | ||||
C: Esei Panjang | 2 daripada 4 | 20 | ||||
D: Kuantitatif | 2 daripada 4 | 20 | ||||
2 | Makroekonomi | A: Aneka Pilihan | 30 | 30 | 3 jam | 50% |
B: Esei Ringkas | 5 daripada 8 | 30 | ||||
C: Esei Panjang | 2 daripada 4 | 20 | ||||
D: Kuantitatif | 2 daripada 4 | 20 |
SUKATAN PELAJARAN 944 EKONOMI
MATLAMAT UMUM
- Bertujuan untuk membolehkan pelajar mengetahui, memahami dan menguasai asas ilmu ekonomi pada tahap pra universiti.
- Membolehkan pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang ini ke peringkat yang lebih tinggi.
MATLAMAT KHUSUS
- Menyediakan pelajar dengan kefahaman ke atas konsep ekonomi
- Menyediakan kemahiran menggunakan analisis empirik mudah dalam menerangkan isu ekonomi
- Menggalakkan pelajar berhujah secara lisan dan tulisan dengan menggunakan statistik dan gambar rajah apabila perlu
- Mendorong pelajar untuk mencari sumber maklumat tentang perkembangan ekonomi semasa
- Menyediakan kemahiran asas mentakrifkan data ekonomi
MIKROEKONOMI KERTAS 1 (994/1)
1.Pengenalan
2.Permintaan dan Penawaran
3.Keanjalan Permintaan dan Keanjalan Penawaran
4.Teori Permintaan dan Perlakuan Pengguna
5.Teori Pengeluaran dan Kos Pengeluaran
6.Struktur Pasaran dan Penentuan Harga dan Output
7.Teori Agihan
8.Peranan Kerajaan
MAKROEKONOMI KERTAS 2 (944/2)
1.Pengenalan
2.Perakaunan Pendapatan Negara
3.Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara
4.Peranan Wang Dalam Ekonomi
5.Masalah Makroekonomi dan Dasar Penstabilan
6.Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa
7.Pertumbuhan Ekonomi
Wednesday, 26 October 2011
Salam Perkenalan..
Assalamualaikum pembaca blog..
Blog ini dibuat utk bkongsi ilmu dan pengalaman sebagai guru ekonomi khususnya kepada pelajar yang mengambil subjek ekonomi stpm. Harapan cikgu agar semua pelajar ekonomi mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang InsyaAllah..
Blog ini dibuat utk bkongsi ilmu dan pengalaman sebagai guru ekonomi khususnya kepada pelajar yang mengambil subjek ekonomi stpm. Harapan cikgu agar semua pelajar ekonomi mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang InsyaAllah..
Subscribe to:
Posts (Atom)